Pages

Labels

Monday, April 29, 2013

Apa Yang Mempengaruhi Kesihatan Pencernaan?


  • Jenis Makanan - Karbohidrat (buah-buahan, bijiran) adalah yang paling cepat dicerna, diikuti oleh protein (kekacang) dan lipid (mentega, kacang). Campuran makanan akan mengambil masa yang lebih panjang untuk dicerna.
  • Persediaan Makanan - Makanan yang digoreng memerlukan masa pencernaan yang lebih.
  • Bentuk Makanan - Beberapa makanan dan minuman seperti teh, kopi, rempah, perasa, makanan manis, cuka, jeruk, dan kuantiti lemak yang besar memperlahankan pencernaan.
  • Kombinasi Makanan Yang Tidak Sesuai - Sesetengah orang mungkin tidak dapat menerima beberapa kombinasi makanan seperti buah-buahan dengan sayur.
  • Minum Ketika Makan - Air dan jus yang diambil secara berselang-seli dengan makanan akan mencairkan jus pencernaan perut, sekaligus memperlahankan pencernaan.
  • Suhu Makanan - Makanan dan minuman yang terlalu panas atau sejuk memperlahankan dan melemahkan sistem pencernaan.
  • Aktiviti Lasak Sebelum Atau Selepas Makan - Bersenam, atau belajar dengan kuat sebelum atau selepas makan mengalih tumpuan otak dari sistem pencernaan dan memperlahankan pencernaan.
  • Kebimbangan atau Tekanan - Makan ketika dalam keadaan terlalu teruja, kebimbangan, tergesa-gesa atau bersedih mengganggu pencernaan.
  • Terlebih Makan - Makan terlalu banyak membebankan dan menjejaskan fungsi sistem pencernaan.
  • Pemakanan Yang Tidak Teratur - Tidak mengambil makanan yang lengkap tetapi mengambil snek antara waktu makan akan menggunakan banyak tenaga dan merosakkan selera makan yang sihat.
  • Flora Usus Yang Lemah - Keseimbangan bakteria sihat yang wujud secara semulajadi di dalam usus untuk membantu mencerna makanan boleh terganggu oleh tekanan, diet yang lemah atau antibiotik.
 

Pautan Luar

Pautan Luar